top of page

Iltizam terjemahan karya agung di dalam tamadun Islam adalah sumur yang tidak pernah kering dalam memberikan pedoman dan inspirasi pada umat Islam sejagat. Salah satu karya terbesar yang menjadi rujukan sepanjang zaman oleh umat Islam di Malaysia adalah Kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah. Namun Kitab sepanjang 10 jilid tersebut belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Iltizam terjemahan karya agung Islam Selangor akan dimulakan dengan karya Ihya’ Ulumuddin.

Dato’ Seri Menteri Besar,

Belanjawan Negeri Selangor 2022.

MENTERI BESAR SELANGOR.png

FESTIVAL TURATH ISLAMI SELANGOR

Festival Turath Islami Selangor bertujuan menyemarakkan minat terhadap warisan keilmuan Islam. Festival kali ini mengangkat kitab Ihya’ Ulumuddin karya Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali dan membawakan tokoh ulama antarabangsa, iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab.


Festival ini terdiri daripada tujuh komponen:


1. Daurah Afkar Ihya’ Ulumuddin
Pembentangan isi-isi utama seluruh bab kitab Ihya’ Ulumuddin (40 bab) oleh bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah.


2. Jamuan Mahabbah Ulama-Umara
Jamuan makan malam melibatkan YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, tetamu kehormat dan tokoh ulama dan cendekiawan.


3. Seminar Penghayatan Ihya’ Ulumuddin
Seminar sehari menampilkan tokoh-tokoh agama serantau dan membincangkan topik yang menghubungkan khazanah tradisi dengan situasi semasa.


4. Sama’ (pembacaan) Sifat Nabi SAW daripada kitab Ihya Ulumuddin dan Ijazah Hadis Musalsal
Pembacaan bab Sifat Nabi SAW daripada kitab Ihya’ Ulumuddin dan pengijazahan sanad Hadis Musalsal (rantaian periwayatan hadis tanpa putus daripada Rasulullah SAW sampai kepada hadirin dalam acara) oleh Syeikh Dr. Ali Jum’ah.


5. Munaqasyah Ilmiah (Tema: Cabaran terhadap tradisi Turath dalam abad ke-21)
Perbincangan dan soal-jawab ilmiah antara Syeikh Dr. Ali Jum’ah dengan ulama tempatan, pemimpin NGO, pemimpin lembaga pendidikan dan ahli akademik.


6. Himpunan Ilmuan Muda Timur Tengah
Perhimpunan ilmuan graduan universiti-universiti Timur Tengah Bersama Syeikh Dr. Ali Jum’ah.

 

7. Muzakarah Ulama-Umara
Perbincangan dan soal-jawab ilmiah antara Syeikh Ali Jum’ah, pimpinan utama negara (YAB Perdana Menteri, anggota Jemaah Menteri dan Menteri-menteri Besar) dan Sahibus Samahah Mufti dari seluruh Malaysia.

Objektif

 

1. Membuka peluang kepada rakyat Selangor secara khusus dan Malaysia secara am untuk meraih manfaat ilmiah dan rohaniah daripada kehadiran tokoh ulama antarabangsa.


2. Mencetuskan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kitab turath sebagai sumber utama ilmu pengetahuan keagamaan.


3. Menyemarakkan kegiatan keilmuan dan kerohanian di kalangan orang ramai.


4. Menggalakkan hubungan lebih akrab di antara ulama dan para pemimpin negara.


5. Mempromosikan usaha menerbitkan kitab Ihya’ Ulumuddin edisi Bahasa Melayu yang digerakkan dan ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor.

bottom of page