top of page
Sahibus Samahah Dato’ Dr. Luqman Hj. Abdullah.png

Sahibus Samahah Dato’ Dr. Luqman Hj. Abdullah

Dr. Luqman yang juga Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, adalah anak kedua ulamak Kelantan terkenal, Haji Abdullah Lubuk Tapah. Beliau pernah berada di united Kingdom selama 4 tahun untuk pengajian peringkat PhD dan telah memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) dari universiti of Edinburgh, Scotland pada tahun 2005 dalam bidang undang undang harta islam.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa penulisan ilmiah dalam jurnal jurnal dan prosiding-prosiding di dalam dan luar negara. Peringkat profesional, beliau adalah Ahli Lembaga Pusat Pembangunan Pengajian Pondok Kelantan, Ahli Panel Pakar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahli Panel Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kini, menyandang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

bottom of page