top of page
Syeikh Hairul Nizam Mat Husin.png

Syeikh Hairul Nizam Mat Husin

Syeikh Hairul Nizam adalah Syeikh Ruwaq Jawi, pusat pengajian Islam berpendekatan tradisional yang berpusat di Kaherah, Mesir. Beliau meraih ijazah MA dalam bidang Usul Fiqh menerusi penelitian terhadap pelbagai pandangan Al-Imam Fakhruddin al-Razi dalam tiga kitab Usul Fiqh beliau, iaitu Al-Mahsul, Al-Muntakhab dan Al-Ma’alim.

 

Sebelum bergiat dengan Ruwaq Jawi, Syeikh Hairul Nizam memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Melayu Rebuplik Arab Mesir selama dua tahun (2006–2007). Beliau telah menghasilkan sebanyak 14 buah karya penulisan, termasuk Tahqiq Kitab Jam’ al-Nihayah fi Bad’ al-Khair wa Ghayah dan Tahqiq Kitab al-Arba’in al-Nawawiah..

bottom of page