*/
top of page
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok
  • Writer's pictureSekretariat Festival Turath Islami Selangor 2024

Habib Umar Sah Tidak Hadir Festival

Updated: 4 hari lalu

Sekretariat Turath Islami Selangor dengan ini mengesahkan bahawa Habib Umar bin Hafiz tidak dapat hadir ke Festival Turath Islami Selangor 2024. Tokoh ulama yang kita sanjungi ini pada asalnya dijadualkan untuk mengisi beberapa acara dalam festival, termasuk untuk tampil dalam Tausiyah Perdana bersama guru beliau sendiri yang amat beliau hormati, iaitu Al-Imam al-Allamah Dr. Ali Jum’ah.

Menurut surat yang dikirimkan Habib Umar kepada Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, beliau terpaksa menguzurkan diri kerana perlu menangani beberapa urusan penting di Darul Mustafa, Tarim, Yaman.


Dalam surat berkenaan juga Habib Umar mendoakan kesejahteraan buat semua kita dan sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT atas usaha dakwah yang sedang dijalankan oleh pihak YAB Dato’ Seri Amirudin. Beliau juga mendoakan agar Festival Turath Islami Selangor 2024 berlangsung dengan jaya, dilimpahi berkat dan seterusnya memanfaatkan seluruh kaum Muslimin.

298 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Commenting has been turned off.
bottom of page