*/
top of page
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok
  • Writer's pictureSekretariat Festival Turath Islami Selangor 2024

Mendalami Khazanah Kitab Islam

Updated: 17 Mei

 Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI


SHAH ALAM, 24 APRIL: Inisiatif Kerajaan Selangor menganjurkan siri program Talaqqi Kitab Turath Islami termasuk membawa tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menerima pujian ramai.


Pesara, Ahmad Tarmizi Abdul Latif, 64, berkata beliau menanti Selangor mengadakan program turath khususnya membabitkan tokoh tersebut kerana tidak perlu ke negeri lain mengikutinya.

“Saya mengikuti beliau (Baba Ismail) sejak beberapa tahun lalu dan sanggup ke Kelantan, Terengganu serta Kedah. Apabila Selangor anjur program turath tahun lalu, saya bersyukur dan harap ia diteruskan.


Ahmad Tarmizi Abdul Latif, 64, ditemui selepas program Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab Islam) terjemahan Ahli Majlis Fatwa Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI



“Baba Ismail ini mutiara ilmu, penerangan diberi jelas dan mendalam. Turath ini adalah benteng umat Islam dan jika tidak diamalkan kita akan lemah terutama akidah,” katanya ditemui pada program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.


Sementara itu, peniaga Amir Rosly, 31, berkata beliau sanggup cuti berniaga hari ini semata-mata mahu mengikuti program yang diadakan dalam dua sesi itu.


“Saya pernah ikuti kelas pembelajaran bersama Baba Ismail pada 2016 dan sejak itu tertarik kerana penerangan diberi mudah serta mudah diamalkan.


Amir Rosly, 31, bercakap kepada Media Selangor selepas program Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab Islam) terjemahan Ahli Majlis Fatwa Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI



“Apabila mengetahui kehadirannya, saya sanggup bercuti bagi menghadiri program ini,” katanya.


Bagi pelajar Universiti Selangor (Unisel) Zulaikha Abdullah, 21, beliau mengikuti program itu setelah mengetahuinya melalui media sosial baru-baru ini.


“Saya mengikuti kelas agama kerana amat meminatinya selain mendapat dorongan daripada ahli keluarga.


“Apabila mengetahui kehadiran tokoh ini, saya tidak lepaskan peluang dan kebetulan ada masa terluang. Bagi saya penting umat Islam mempunyai ilmu agama selain akademik,” katanya.


Zulaikha Abdullah, 21, bercakap kepada Media Selangor selepas program Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab Islam) terjemahan Ahli Majlis Fatwa Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI



Program anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) itu merupakan kesinambungan  daripada Festival Turath Islami Selangor yang diadakan Mei lalu.


Melibatkan dua sesi hari ini, program tersebut berlangsung pada kuliah Dhuha (9.30 pagi hingga 12 tengah hari) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam).

Program itu diteruskan Jumaat ini bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Festival Turath Islami Selangor diadakan bermula tahun lalu untuk memartabat syiar Islam menerusi penganjuran majlis ilmu mendalam yang menampilkan syarahan tokoh ulama antarabangsa.

'

Ahli Majlis Fatwa Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni ketika program Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab Islam) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024.


Program cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berjaya menarik lebih 10,000 peserta termasuk pelajar keagamaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

Siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



Orang ramai mendengar terjemahan oleh Ahli Majlis Fatwa Thailand Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni ketika program Siri Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan (mendalami khazanah kitab Islam) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

50 lihatan

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Commenting has been turned off.
bottom of page