Festival Turath Islami Selangor 2026 • 13–20 September 2026 • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam • Hikmah Warisan Islam

Festival Turath Islami Selangor 2026
Penganjuran Festival Turath Islami Selangor (FTIS) yang bermula sejak tahun 2023 merupakan manifestasi iltizam berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam menghidupkan dan memartabatkan khazanah turath Islam sebagai teras pembangunan insan dan masyarakat. Bertitik tolak daripada gagasan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, festival ini digerakkan sebagai usaha strategik untuk menyemarakkan kembali minat masyarakat terhadap kitab-kitab turath yang menjadi lambang kegemilangan tradisi keilmuan Islam serta sumber kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dunia moden.
Turath Islam atau warisan intelektual Islam merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai, merangkumi pelbagai disiplin seperti tafsir, hadis, fekah dan tasawuf. Ia bukan sekadar peninggalan sejarah, bahkan merupakan sumber rujukan hidup yang membimbing umat Islam dalam memahami wahyu, menegakkan hukum syarak serta membina akhlak dan peradaban.
Tokoh Tumpuan FTIS 2026
Kitab Tumpuan FTIS 2026

Al-Hikam al-Ataʿiyyah
Ibnu Athaʿillah As-Sakandari
Ibnu Athaʿillah As-Sakandari (w.709H/1309M) atau nama penuhnya Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim Ibnu Athaʿillah As-Sakandari merupakan seorang ulama besar dalam bidang tasawuf, akidah dan fekah. Beliau bermazhab Syafiʿi dan beraliran Ahlus Sunnah wal Jamaah (Asyʿari), serta merupakan tokoh utama dalam Tariqat Syadziliyyah selepas pengasasnya, Syeikh Abu al-Hasan al-Syadzili dan Syeikh Abu al-Abbas al-Mursi.
Ibnu Athaʿillah terkenal sebagai ilmuwan yang berjaya menggabungkan antara syariat dan hakikat, zahir dan batin, serta ilmu dan amalan. Antara karya beliau yang masyhur termasuk Lataʾif al-Minan, Taj al-Arus, dan yang paling terkenal, Al-Hikam al-Ataiyyah. Beliau dikenali sebagai salah seorang tokoh penting dalam tradisi tasawuf Sunni yang menekankan pemurnian jiwa tanpa menyimpang daripada disiplin syariat.
Kitab Al-Hikam merupakan himpunan kalam hikmah yang ringkas tetapi sangat mendalam, mengandungi ratusan ungkapan kebijaksanaan mengenai tauhid, tawakkal, keikhlasan, pergantungan kepada Allah, adab dalam beramal, serta perjalanan rohani menuju makrifatullah. Setiap hikmah disusun dalam bentuk aforisme yang padat, menjadikannya mudah dihafal namun memerlukan tadabbur yang mendalam untuk difahami.
Kitab ini telah disyarahkan oleh ramai ulama sepanjang sejarah dan menjadi teks utama dalam pengajian tasawuf di pelbagai wilayah Islam termasuk Timur Tengah, Afrika Utara dan Alam Melayu. Al-Hikam bukan sahaja membentuk kerangka kerohanian individu, tetapi juga membantu membina keseimbangan antara usaha manusia dan penyerahan kepada ketentuan Allah.
Melalui pendekatan yang menekankan penyucian hati dan pengukuhan tauhid, karya ini kekal relevan hingga ke hari ini sebagai panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan moden yang sering menguji ketenangan jiwa dan kestabilan rohani.
Terokai FTIS 2026
Perjalanan Ilmu
Tausiyah Perdana
"Erti Kebahagiaan dengan Mengenal Allah"
Menampilkan:
Ustaz Wadi Annuar
Daurah Al-Hikam
Sesi pengajian intensif kitab Al-Hikam karya Ibnu Athaʿillah As-Sakandari yang berlangsung selama 5 hari dalam 15 sesi.
Menampilkan:
Al-Imam al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jum'ah
Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri
Ustaz Dr. Adi Hidayat
Muzakarah Ulama
"Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden"
Menampilkan:
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
YAD SS Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar
Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah
Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri
Bicara Buku: Ilmu Turath
Sesi bedah buku Ilmu Turath: Jalan Memahami Ilmu Islam karya ulama tersohor, Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah. Program ini menelusuri kepentingan khazanah warisan Islam serta membimbing pembaca daripada golongan awam hinggalah sarjana—tentang bagaimana membentuk pemikiran, metodologi dan kefahaman berasaskan kerangka turath dalam mendepani cabaran serta realiti dunia moden.
Menampilkan:
Al-Imam Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum’ah (Mesir)
Ustaz Ahmad Faiz bin Mohd Khalil al-Azhari (Malaysia)
Penghayatan Rohani
Kuliah Subuh
Sesi kuliah santai selepas solat Subuh yang membahaskan petikan-petikan hikmah terpilih daripada Al-Hikam, dengan penekanan kepada aplikasi praktikal dalam kehidupan harian seperti pengurusan hati, sabar, syukur dan pergantungan kepada Allah.
Majlis Bacaan Dalail Al-Khairat
Acara pembukaan harian menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui lantunan selawat bacaan kitab selawat agung karya Imam al-Jazuli, melibatkan penyertaan ulama, peserta, dan masyarakat umum.
Kuliah Maghrib
Sesi pengisian rohani mengupas tasawuf, akhlak, dan pembangunan jiwa berdasarkan syarah muktabar Al-Hikam sebagai ruang muhasabah selepas program ilmiah.
Majlis Qasidah & Marhaban
Persembahan seni Islam tempatan berfungsi sebagai santapan rohani yang menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melalui alunan seni tradisional.
Jelajah Penghidupan Turath
Festival Buku Islami (FBI) 2026
"Buku Sebagai Teman Mengenal Diri"
Menghimpunkan penerbit dan pengedar buku tempatan terbaik. Menampilkan Pasar Buku, Rakan Buku, Syarahan, Bengkel, Aktiviti Kanak-kanak, Tayangan Video, Ruang Bacaan.
Pameran Busana Tradisional Muslim Nusantara
Menerokai pemakaian sebagai manifestasi pegangan agama dan adat yang menjadi asas penting dalam budaya Alam Melayu.
Bazaar Turath
Jualan produk berunsur Islam seperti kitab klasik, kaligrafi, pakaian tradisional Islam, minyak attar dan produk sunnah.
Konsert Alunan Mahabbah
Acara kesenian Islam yang menampilkan persembahan qasidah dan selawat sebagai penutup FTIS 2026.
Jadual & Peta Lokasi FTIS 2026
Klik pada acara untuk lihat butiran sesi
| Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Masa ● Tarikh | 13 Sep (Ahad) |
14 Sep (Isnin) |
15 Sep (Selasa) |
16 Sep (Rabu) |
17 Sep (Khamis) |
18 Sep (Jumaat) |
19 Sep (Sabtu) |
20 Sep (Ahad) |
| 6.00 pagi – 7.00 pagi | Kuliah Subuh Dewan Solat Utama | |||||||
| 8.00 pagi – 9.00 pagi | Majlis Bacaan Dalail al-Khairat Dewan Solat Utama | Majlis Bacaan Dalail al-Khairat Dewan Auditorium, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam | ||||||
| 9.00 pagi – 12.00 tengah hari | Daurah Al-Hikam (Sesi Pagi) Dewan Solat Utama | Daurah Al-Hikam (Sesi Pagi) 9.00 pagi – 11.30 pagi Dewan Solat Utama | Daurah Al-Hikam (Sesi Pagi) Dewan Solat Utama | Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 1 & 2) 8.30 pagi – 4.30 petang Dewan Auditorium, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam | Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan (Sesi 3 & Penutup) 9.00 pagi – 1.00 petang Dewan Auditorium, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam | |||
| Bicara Buku: Ilmu Turath 11.30 pagi – 1.00 petang Dewan Solat Utama | ||||||||
| 3.00 petang – 4.30 petang | Majlis Perasmian Festival Buku Islami (FBI) 2026 Dewan Auditorium, Dewan Syarahan & Muzakarah Islam | |||||||
| 4.45 petang – 6.30 petang | Daurah Al-Hikam (Sesi Petang) Dewan Solat Utama | |||||||
| 7.30 malam – 8.30 malam | Majlis Bacaan Dala'il Khairat Dewan Solat Utama | Majlis Qasidah & Marhaban Dewan Solat Utama | Kuliah Maghrib Dewan Solat Utama | Majlis Qasidah & Marhaban Dewan Solat Utama | Kuliah Maghrib Dewan Solat Utama | |||
| 8.45 malam – 11.00 malam | Majlis Perasmian FTIS 2026 & Tausiyah Perdana Dewan Solat Utama | Daurah Al-Hikam (Sesi Malam) Dewan Solat Utama | ||||||
| Turut Berlangsung | ||||||||
![]() |
Dewan Syarahan & Muzakarah Islam | 16-20 Sep (Rabu-Ahad) | Sepanjang Hari | |||||
![]() |
Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | 13-20 Sep (Ahad-Ahad) | ||||||
![]() |
Ruang Legar Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | 13-20 Sep (Ahad-Ahad) | ||||||
![]() |
Padang Kawad Akademi LHDN, Seksyen 15 Bangi | 26 Sep (Sabtu) | 8.00 malam – 11.00 malam | |||||
Klik pada gambar untuk besarkan peta
Acara Utama FTIS 2026
Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026
Pengajian intensif Daurah Al-Hikam, Tausiyah Perdana, Kuliah Subuh & Maghrib, dan Majlis Bacaan Dalail al-Khairat bersama tokoh ulama antarabangsa dan Nusantara.
Maklumat Lanjut →
Festival Buku Islami (FBI) 2026
Pesta buku berprestij menghimpunkan penerbit buku Islamik tempatan terbaik dengan himpunan kitab turath, tafsir, akidah, dan karya kontemporari bermutu tinggi.
Maklumat Lanjut →
Pameran Busana Tradisional Muslim Nusantara
Pameran khas menampilkan evolusi pakaian ulama, busana tradisional pondok dan pesantren, serta keindahan warisan tekstil dan identiti berpakaian Islam Nusantara.
Maklumat Lanjut →
Bazaar Turath
Ruang pameran dan jualan barangan warisan Islam, kitab klasik, kaligrafi, pakaian, dan produk sunnah daripada usahawan tempatan.
Maklumat Lanjut →
Konsert Alunan Mahabbah
Acara kesenian Islam terbuka yang menampilkan persembahan qasidah dan selawat bagi memupuk kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagai penutup FTIS 2026.
Maklumat Lanjut →

Daftar sekarang
Terkini FTIS 2026























