top of page
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok
Kerawang Kanan
Kerawang Kiri
Row Of Pine Trees
RedLine Divider

تراث

|  Turath

Festival Turath Islami Selangor (FTIS 2024) diadakan untuk menghidupkan kembali turath dalam kehidupan harian umat Islam di Nusantara. Festival ini dianjurkan atas keyakinan bahawa turath atau “warisan turun-temurun” Islam adalah penawar terbaik kepada kemelut dunia moden. Tahun ini, festival menampilkan dua tokoh ulama tersohor dunia, iaitu Al-Imam al-Allamah Dr Ali Jum'ah dan Habib Umar bin Hafiz, selain daripada 23 ulama besar dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

"

Penganjuran festival pada tahun ini adalah petanda komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menyebarkan dan menghidupkan warisan turun-temurun Islam. Turath atau warisan Islam, khususnya warisan ilmiah, adalah obor penyuluh yang dapat memberi pedoman kepada kita bagi mengharung dunia semasa yang penuh pancaroba.

سکاڤور سيريه

"

|    Sekapur Sirih

YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor

اچارا

|   Acara

26 - 31 MEI 
AHAD - KHAMIS

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

Terdiri daripada 12 sesi huraian kitab himpunan 40 hadis susunan Al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawi oleh Al-Imam al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah sepanjang lima hari. Daurah sepanjang lima hari ini akan turut diisi dengan enam sesi ulasan oleh Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid, Sheikh Mohd Nazrul Abu Nasir, Syeikh Hairul Nizam bin Mat Husin, Habib Jindan bin Novel Salim Jindan, Baba Hj. Ghazali bin Ahmad al-Fathoni dan Dr. Umar bin Muhammad Noor.

Daurah Hadis 40 (12 Sesi)

Perasmian: YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor

8:30 AM - 12:00 PM
4:30 PM - 6:00 PM
7:00 PM - 10:00 PM

Pameran Al-Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu

Pameran ini akan membawa sejumlah Quran tulisan tangan yang telah ditemui di beberapa negara dan dibaik-pulih untuk tatapan orang ramai. Turut akan dipamerkan sejumlah kitab karya ulama alam Melayu terdahulu. Pengunjung akan menyaksikan betapa kitab warisan Islam bukan saja menampung teks yang hebat dan penting tetapi juga menampilkan seni penerbitan yang menakjubkan. Di samping bahan berkaitan Quran dan kitab agama, turut dipamerkan artifak-artifak purba yang mempunyai hubungan dengan tradisi keilmuan Islam alam Melayu.

26 MEI - 2 JUN 
AHAD - AHAD

Dewan Seminar,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

9:00 AM - 9:00 PM

Festival kali ini akan turut diisi dengan dua sesi syarahan umum yang menampilkan tokoh agamawan tersohor tempatan Ust. Muhadir Hj. Joll dengan syarahan berjudul “Petua-petua Mendalami Agama” dan Mufti Aceh Tengku Hj Faisal Ali yang akan membuat penampilan julung-julung kali di Malaysia, dengan syarahan berjudul “Pedoman Menjadi Orang Soleh.”

31 MEI 
JUMAT
4:30PM - 6:00PM

29 MEI
RABU
4:30 PM-6:00PM

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

Syarahan Umum

30 MEI 
KHAMIS
7:00PM - 10:00PM

Sesi penutup pengajian Hadis 40 dan pengijazahan hadis musalsal (hadis yang rantaian periwayatnya bersambung sampai kepada Rasululullah SAW) ini akan dipimpin oleh Al-Imam al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah.

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

Khatam Hadis 40 & Ijazah Hadis Musalsal

Syarahan Perdana

FTIS 2024 akan diisi oleh dua syarahan perdana yang berkisar tentang Al-Imam Nawawi, karya dan sumbangan beliau. Acara syarahan perdana berjudul “Kepentingan Kitab Turath dalam Sejarah Nusantara dan Masakini” akan disampaikan oleh Prof. Dr. KH Said Aqil Siradj, bekas pemimpin utama Nahdlatul Ulama Indonesia, pertubuhan Muslim terbesar di dunia yang mempunyai sekitar 95 juta anggota.

 

Syarahan perdana berjudul “Kehidupan Imam Nawawi sebagai Teladan buat Pencari Ilmu” akan disampaikan oleh Ust. Dr. Adi Hidayat, tokoh agamawan yang video-video ceramahnya diikuti oleh jutaan Muslim seluruh dunia. Beliau juga adalah salah seorang pemimpin pertubuhan Muhammadiyah yang memiliki lebih 60 juta anggota.

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah,

Shah Alam

31 MEI 
JUMAAT
9:30 AM - 12:00 PM

29  MEI 
RABU
7:00 PM - 10:00 PM

Perutusan Khas kepada Akademia oleh Habib Umar bin Hafiz*

Universiti Islam Selangor

31  MEI 
JUMAAT
2:30  PM - 4:00  PM

Sesi tertutup melibatkan ahli-ahli akademik dari universiti-universiti utama Malaysia ini akan diisi dengan perutusan khas daripada Habib Umar bin Hafiz dan memberi peluang kepada ahli akademik untuk berinteraksi dengan tokoh ulama dunia tersebut.

Acara Tertutup

Tausiyah Perdana

Acara ini akan diisi dengan pembacaan wirid dan selawat Dalail al-Khairat dan tausiyah oleh Al-Imam Profesor Dr. Ali Jum’ah dari Mesir dan Habib Umar bin Hafiz* dari Tarim, Yaman.

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

31  MEI 
JUMAAT

Pembukaan: YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor

7:00  PM - 10:00  PM

Dewan Orkid,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

Seminar Penghayatan Riyadhu as-Salihin (5 Sesi)

1 - 2 JUN 
SABTU - AHAD

Seminar ini akan diadakan sepanjang dua hari dan diisi dengan pembentangan oleh ulama serantau dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Seminar akan turut diisi dengan forum khas yang menampilkan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, Al-Imam Profesor Dr. Ali Jum’ah, Habib Umar bin Hafiz* dan YAB Dato’ Menteri Besar Datuk Seri Amirudin bin Shari.

8:30  AM - 7:00  PM

Kumpulan Abu Shaar Bro, seniman antarabangsa dari Syria, dibawakan khusus ke Selangor untuk FTIS 2024 bagi melakukan persembahan lagu-lagu berisi puji-pujian kepada Allah dan Rasul SAW.

1  JUN 
SABTU

8:00 PM - 12:00 AM

Konsert Alunan Mahabbah

Dataran Karnival,
Stadium Shah Alam

Acara Terbuka

Daftar

Himpunan Ilmuwan Muda Timur Tengah (Bahasa Arab)

Acara ini akan menghimpunkan para ilmuan agama lulusan universiti Timur Tengah dalam sesi tausiyah dan perbualan bertema “Peranan Hakiki Ilmuwan Timur Tengah dalam Konteks Semasa” bersama Al-Imam Profesor Dr. Ali Jum’ah dan Habib Umar bin Hafiz*.

Dewan Solat Utama,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

2 JUN 
SABTU - AHAD

5:00  AM - 7:00  PM

Darul Ehsan Berselawat & Maulid Akbar 

Acara Terbuka

2 JUN 
AHAD

Acara ini merupakan kesempatan amat istimewa untuk umat Islam Malaysia menikmati lantunan lagu-lagu kerohanian berisi puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang akan dipersembahkan oleh kumpulan qasidah tersohor Majelis Azzahir dari Pekalongan, Indonesia. Acara ini akan turut diserikan dengan kehadiran Habib Umar bin Hafiz*.

8:00 PM - 12:00 AM

Dataran Karnival,
Stadium Shah Alam

Tertakluk kepada perubahan

Acara Tertutup

Acara ini akan sekali lagi mempertemukan para ulama dari institusi pondok Nusantara dan ahli-ahli akademik tempatan dari beberapa buah universiti Malaysia dengan Al-Imam Profesor Dr. Ali Jum’ah.

Munaqasyah Ilmiah

31  MEI 
JUMAAT
8:30 AM - 12:30 PM

Universiti Islam Selangor

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

bottom of page