top of page

Iltizam terjemahan karya agung di dalam tamadun Islam adalah sumur yang tidak pernah kering dalam memberikan pedoman dan inspirasi pada umat Islam sejagat. Salah satu karya terbesar yang menjadi rujukan sepanjang zaman oleh umat Islam di Malaysia adalah Kitab Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah. Namun Kitab sepanjang 10 jilid tersebut belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Iltizam terjemahan karya agung Islam Selangor akan dimulakan dengan karya Ihya’ Ulumuddin.

Dato’ Seri Menteri Besar,

Belanjawan Negeri Selangor 2022.

MENTERI BESAR SELANGOR.png

TURATH ISLAMI SELANGOR

Festival Turath Islami Selangor yang julung kali diadakan pada 20–25 Mei 2023 yang lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai pihak.
 
Bagi meneruskan kesinambungan program keilmuan ini, Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan Akademi Pemikiran Turath (APT) telah merangka program susulan iaitu siri pengajian turath yang dikenali sebagai Talaqqi Kitab Turath Islami yang akan dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 
Sebagai pembukaan program Talaqqi Kitab Turath Islami kali ini, kami membawakan Murabbi terkemuka daripada tanah Pattani, Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni bagi mengupas karya agung Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Ringkasan program adalah seperti berikut: 

Nama penceramah: Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni

 

Kitab yang akan dikupas: 


1. Kitab Ihya Ulumuddin 
2. Kitab Mawaqif al-Marjan

Tarikh dan waktu program:

 

3 Julai 2023:
Slot 1: 8.45 pagi - 11.30 pagi
Slot 2: 7.45 malam - 11 malam
(Kitab Ihya Ulumuddin)

4 Julai 2023:

Slot 3: 8.45 pagi - 11.30 pagi
(Kitab Ihya Ulumuddin)

5 Julai 2023:

Slot 4: 8.45 pagi - 11.30 pagi
(Kitab Ihya Ulumuddin)

7 Julai 2023:
Slot 5- 8.45 pagi - 11.30 pagi
(Kitab Mawaqif al-Marjan)

Marilah kita sama-sama mengambil manfaat dengan kehadiran Murabbi terkemuka di bulan Zulhijjah yang penuh barakah ini dengan mendaftar di link pendaftaran berikut:

 


*200 pendaftaran terawal akan diberikan terjemahan Jilid 1, bab 1 daripada Kitab Ihya Ulumuddin terbitan IBDE secara percuma.

bottom of page