*/
top of page
  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
  • TikTok

بيوݢرافي توکوه - توکوه

|  Biografi Tokoh-tokoh

Al-Imam al-Allamah Prof Dr. Ali bin Jum’ah bin Muhammad al-Azhari adalah bekas Mufti Agung negara Mesir yang memegang jawatan tersebut dari tahun 2003 hingga 2013. Beliau juga merupakan salah seorang anggota Majlis Tertinggi Ulama al-Azhar al-Syarif. Al-Imam memiliki ijazah PhD. dalam bidang Usul Fiqh dari Universiti al-Azhar. Antara guru beliau yang termasyhur adalah Al-Allamah Syeikh Abdul Fattah Ghuddah dan Al-Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari, manakala antara muridnya yang tersohor Syeikh Dr. Majdi ‘Asyur, Syeikh Dr. Usamah Sayyid Mahmud dan Al-Habib Ali al-Jufri.

 

Al-Imam Prof. Dr. Ali Jum’ah pernah diberikan pelbagai penghormatan, antaranya Bintang Kehormat Peringkat Pertama oleh YTM Raja Jordan Raja Abdullah II dan Bintang al-Quds oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Al-Imam al-Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah,
Bekas Mufti Agung Negara Mesir

Profesor Dr. Kiai Haji Said Aqil merupakan salah seorang tokoh utama penggerak dakwah Islam Nusantara dan berperanan sebagai juru bicara dakwah Islam khas Ahlussunnah wal Jamaah Annahdliyah ke peringkat antarabangsa. Pada tahun 2010–2012, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama Indonesia, iaitu pemimpin utama bagi pertubuhan Muslim terbesar di dunia yang dianggarkan memiliki sekitar 100 juta ahli.

 

Kiyai Haji Said dinobatkan oleh Republika sebagai Tokoh Perubahan Tahun 2012 atas sumbangan dan komitmennya mengawal keutuhan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) serta berperanan aktif dalam perdamaian dunia, khususnya di kawasan Timur Tengah.

Prof. Dr. Kiai Hj. Said Aqil Siradj  
Mustasyar Pengurus Besar Nahdlatul Ulama

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Feqh Wa Usuluh) Mumtaz dari The World Islamic Sciences And Education University (WISE), Jordan, Ijazah Sarjana (Falsafah Islamiyah) Mumtaz dari Universiti Kaherah, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Syariah Islamiyah) dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam(CTU) di UiTM Pahang (Julai-Disember 2006) dan di UiTM Melaka (Januari-Jun 2007). Beliau kemudiannya menjadi Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Ogos 2007.

 

Beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Mufti Selangor bermula Januari 2016 hingga 20 Mei 2021 sebelum dilantik sebagai Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke-7 berkuatkuasa pada 21 Mei 2021.

Sahibus Samahah Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji OpirMufti Negeri Selangor

Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar adalah pengarang dan penyunting untuk 40 buku dan lebih daripada 300 artikel mengenai pelbagai aspek pemikiran dan peradaban Islam, terutama dalam sains dan falsafah Islam di mana beliau adalah pakar utama. Buku-buku terkenalnya adalah Classification of Knowledge in Islam (1992) dan Tawhid and Science (1992). Buku terbarunya berjudul Al-Farabi: Life, Works and Significance (2018) (edisi kedua baru) dan Colonialism in the Malay Archipelago: Civilizational Encounters (co-editor) (2020). Beliau berjaya mendapat ijazah Doktor falsafah dalam falsafah Islam dari Temple University, Philadelphia (Amerika Syarikat) dan kini memegang Kerusi Al-Ghazali dalam Epistemologi dan Kajian Pembaharuan Peradaban di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Institut Antarabangsa Pemikiran danPeradaban Islam (ISTAC)

Baba Haji Ghazali merupakan seorang ulama tersohor di Pattani, Thailand. Kini, beliau memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Patani, ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Fatoni dan Yang di Pertua Persatuan Jam-lah Habullah untuk mengkaji isu-isu semasa. Beliau bertugas sebagai Tuan Guru (Syaikh Ma’had) Pondok Al-Islami Liddirasat Al-Islamiah, Kampung Wakaf Budi, Sekam, Patani.

Baba Hj. Ghazali Ahmad Al-Fathoni
 
Mudir Pondok al-Islami Liddirasat al-Islamiah

Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan salah seorang bekas Presiden ABIM yang paling berpengaruh. Beliau meraih ijazah MA dan PhD. dari Temple University, Amerika Syarikat (1978–87) dalam bidang pemikiran Islam dan perbandingan agama dan berguru secara langsung pada pemikir Islam semasa tersohor (al-Marhum) Prof. Ismail Raji al-Faruqi dan filasuf terkenal Seyyed Hossein Nasr.

 

Beliau pernah mengajar di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM dan berkhidmat sebagai Profesor Madra di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIA (1983–99).

Prof. Datuk Dr. Muhammad Nur Bin ManutyPresiden Kolej Dar Al-Hikmah

Syeikh Prof. Dr. Assayyed Abdul Hamid bin Ali al-Mahdaly merupakan Pengasas dan Mudir Maahad Tahfiz Jami’ah Al-Imam Al-Ghazaly. Beliau merupakan mantan Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali Brunei Darusslam, Institusi Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddin, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau Beliau memegang ijazah sarjana muda (BA), sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Qur’an (Usuluddin) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Prof. Dr Habib Sayyed Abdul Hamid bin Ali Al-Mahdaly
Mudir Maahad Tahfiz Jami’ah Al-Imam Al-Ghazaly

Habib Ali Zaenal Abidin merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah dilantik menjadi pentadbir utama Majlis Ta'lim Darul Murtadza setelah pengasasnya, Habib Abdul Qadir Al-Jufri pindah ke Johor dan kini merupakan pembimbing institusi tersebut. Beliau yang berasal dari Indonesia merupakan pendidik dan pendakwah yang menetap di Malaysia. Beliau merupakan antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah Sarjana dalam jurusan pengajian Al-Quran & As-Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sehingga kini dalam usaha menyempurnakan mengajian di peringkat doktor falsafah.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah

Tengku Haji Faisal Ali merupakan Ketua Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU) Aceh. Beliau juga merupakan Pimpinan LPI Mahyal 'Ulum Al-Aziziyah dan Ketua Tanfidziyah PWNU Aceh. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Umum Rabithah Thabilan Aceh (RTA) dan Ketua Nadhiriyah Rabithah Talhibah Aceh dan terlibat dalam Sekretaris Himpunan Ulama Dayah (HUDA). Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Tsanawiyah Negeri (MTSN) 2 Aceh Jaya dan Pondok Pesantren Mudi Mesra, Aceh.

Tengku Hj. Faisal Ali (Aceh, Indonesia)
Ketua Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU)

Habib Jindan merupakan pimpinan Pondok Pesantren Al Fachriyah, Lembaga Pendidikan Syari’at Islam berhaluan Ahlussunnah Wal Jama’ah di Indonesia. Beliau juga merupakan anggota Majelis Syura, anggota Majlis Alwafa bi Ahdillah, penasihat Majelis Silaturahmi Ulama dan Habaib di Tangerang, Indonesia. Beliau telah mendapatkan pendidikan awal di SD Islam Meranti dan Madrasah Jami’yatul Khair di Indonesia. Beliau juga antara graduan terawal Dar Al-Mustafa, Tarim, Yaman. Antara guru-guru beliau ialah Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad As-Seggaf, Al-Walid Al-Habib Naufal bin Salim bin Jindan dan Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.

Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan (Indonesia) Pimpinan Pondok Pesantren Al Fachriyah

Ustaz Dr. Adi Hidayat (UAH) merupakan Pengarah Pusat Kajian Islam Quantum Akhyar Institute. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Anggota Pimpinan Majlis Tabligh Pusat Muhammadiyah. Beliau memiliki Sarjana (MA) Kulliyyah Da'wah Islamiyyah dari International Islamic Call College Tripoli, Libya dan menerima ijazah doktor (Honorary Doctorate) dalam bidang Pengurusan Pendidikan Islam dari Universiti Muhammadiyah Jakarta (UMJ). Beliau juga telah menghasilkan karya seperti Muslim Zaman Now Hafal al-Qur’an Dalam 30 Hari (2018), Bahagia Di bawah Naungan alQur’an dan Sunnah (2018), Manusia Paripurna: Kesan, Pesan dan Bimbingan al-Qur’an (2019) dan Metode At-Taisir – 30 Hari Hafal Al-Quran (2019).

Ustaz Dr. Adi Hidayat (Indonesia)
Pengarah Pusat Kajian Islam Quantum Akhyar Institute

Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid merupakan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS). Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd dan Ketua Eksekutif AMP Singapore. Beliau pernah berkhidmat di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sebagai Sekretariat Biro Mufti dan anggota Jawatankuasa Fatwa. Beliau memiliki Diploma Fiqh Islamiah dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Sarjana Muda (BA) Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid (Singapura) Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS)

K.H. Marzuki Wahid merupakan rektor Institut Studi Islam Fahmina (ISIF) Cirebon, Indonesia yang telah dilantik pada 2021. Beliau juga merupakan Mudir Ma’had Aly Kebon Jambu. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Jurusan Syari’ah di Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia dan Hukum Islam (MA) di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia.

K.H. Marzuki Wahid (Indonesia)
Rektor Institut Studi Islam Fahmina (ISIF)

Mudir Pusat Pengajian Zawiyah Nasiriyyah ini adalah salah seorang murid kepada Al-Imam al-Allamah Prof. Dr. Ali Jum’ah. Sebelum pulang ke Malaysia, beliau memimpin pusat pengajian Ruwaq Jawi di Mesir sebagai Syeikh Ruwaq selain menjadi salah seorang tenaga pengajar di Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Beliau diperakui sebagai salah seorang pakar dalam bidang ilmu bahasa Arab, Sirah Nabi SAW, fiqh dan teks turath, dan kini diberi kepercayaan sebagai salah seorang Ahli Lembaga Zakat Kedah.

 

Syeikh Nazrul giat menjalankan kegiatan menterjemah dan menulis dalam bahasa Melayu dan juga Arab serta telah menghasilkan hampir 20 buah karya, termasuk syair indah berbahasa Melayu tentang Junjungan Besar Rasulullah SAW.

Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir (Malaysia)
Mudir Pusat Pengajian Zawiyah Nasiriyyah

Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar adalah pengarang dan penyunting untuk 40 buku dan lebih daripada 300 artikel mengenai pelbagai aspek pemikiran dan peradaban Islam, terutama dalam sains dan falsafah Islam di mana beliau adalah pakar utama. Buku-buku terkenalnya adalah Classification of Knowledge in Islam (1992) dan Tawhid and Science (1992). Buku terbarunya berjudul Al-Farabi: Life, Works and Significance (2018) (edisi kedua baru) dan Colonialism in the Malay Archipelago: Civilizational Encounters (co-editor) (2020). Beliau berjaya mendapat ijazah Doktor falsafah dalam falsafah Islam dari Temple University, Philadelphia (Amerika Syarikat) dan kini memegang Kerusi Al-Ghazali dalam Epistemologi dan Kajian Pembaharuan Peradaban di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Syeikh Hairul Nizam Mat Husin (Malaysia)
Syeikh Ruwaq Jawi

Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji Joll merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Beliau juga merupakan Felo Nadwah Ahli Sunnah Wal Jamaah Darul Ridzuan (NADWAH) Jabatan Mufti Negeri Perak dan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Negeri Johor (Bahagian Aqidah) Jabatan Mufti Negeri Johor. Beliau pernah menjadi pensyarah di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama 15 tahun sebelum memilih untuk melepaskan jawatan untuk berdakwah sepenuh masa. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (BA) (Al-Quran dan Hadis) dan Sarjana (MA) Tafsir Al-Quran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Ustaz Muhadir Haji Joll telah menghasilkan lebih daripada 54 buah karya ilmiah agama seperti Nurul Fahmi: Asas-asas Fardhu Ain (2023), Sifat 20: Satu Pengenalan Asas (2022), Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat dan Sam’iyyat (2022), Qalbun Salim: Syarah Kitab Penawar Bagi Hati (2019), Mishbah ad-Duja Syarah Kitab Safinah an-Naja (2016) dan Praktikal Solat Sempurna (2016).

Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji Joll (Malaysia) Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group

Prof. Madya Dr. Umar Muhammad Noor merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam (FIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau pernah menjadi pensyarah Usuluddin dan Syariah, di Kolej Marsah, Johor Bahru dan Institut Pengajian Tinggi Islam Al-Zuhri, Singapura. Beliau juga merupakan pembentang daurah kitab di masjid-masjid seluruh Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai ketua penyunting Majalah al-Ustaz di Telaga Biru Sdn Bhd. Beliau mendapatkan pendidikan Sarjana Muda (BA) Usuluddin (Tafir Hadis) di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta, Sarjana (MA) Al-Sunnah wa Ulum al-Hadis di Universiti Islam Omm Durman, Sudan dan Doktor Falsafah (Hadis) di Universiti Malaya.

Prof. Madya Dr. Umar Muhammad Noor (Malaysia) Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam (FIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Ustaz Ahmad Lutfi Muharam adalah pensyarah di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh sejak 2011 sehingga sekarang. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Syariah dan bahasa Arab di madrasah yang sama sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang feqah di Hudaidah Yaman. Ustaz Ahmad Lutfi juga mengisi slot soal jawab agama Tahsinul Ibadah di Radio IKIM.

Ustaz Ahmad Lutfi Muharam (Malaysia)
Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling

Dr. Siti Rugayah Hj Tibek, kini dikenali sebagai Bonda Siti merupakan Penasihat Akademi Bonda Nor Sdn. Bhd. dan penulis buku Aku Pasrah Kalian Pulang (2020) dan Mengejar Cinta-Nya (2022). Beliau merupakan Prof Kehormat Institut Islam Hadhari, Universiti Kabangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan mantan Professor di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

 

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengarah Dakwah dan Kepimpinan, dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Institut Islam Hadhari UKM. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB).

Prof. Dr. Siti Rugayah Hj Tibek,
Prof. Kehormat Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah merupakan Rektor/Ketua Eksekutif Universiti Islam Selangor (UIS). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, pensyarah dan eksekutif Pusat Islam, pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah, pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi dan pengarah Pusat Pengajian Siswazah di UIS. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (BA) Usuluddin dari Al-Bayt University, Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Quran dari University of Jordan pada tahun 2015.

Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin AbdullahNaib Canselor, Universiti Islam Selangor (UIS)

|.  Moderator

مودراتور.

Prof. Dr. Sharifah Hayaati merupakan Professor Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). Beliau juga pernah dilantik menjadi Professor Adjung di Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA), Brunei. Beliau merupakan seorang penyelidik dan cendekiawan yang mahir dalam bidang Pentadbiran Islam, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Tadbir urus Halal, Integriti dan Kepimpinan Wanita.

Prof. Dr. Syarifah Hayaati telah menghasilkan lebih daripada 290 penulisan termasuk buku dan jurnal (Scopus, Mycite dan

Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

jurnal-jurnal antarabangsa) seperti Islam & Governance in Malaysia (Eds.), University Malaya Press (2022), Civil Society in Malaysia: Issue and Challenges (Eds.), University Technology Mara Press (2022) dan The forthcoming Virtual Civil Society in Malaysia-Challenge and Continuity (Eds.), UUM Press (2022). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (BA) kelas pertama Syariah dari Universiti Malaya, Sarjana (MA) Perbandingan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D.) Pengajian Pentadbiran dan Polisi dari University of Bristol, England. 

Ustaz Fauwaz Fadzi merupakan Konsultan Syariah, syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Penasihat Syariah Gumash HairColor. Beliau pernah menjabat sebagai panel Pakar Aqidah, Jabatan Agama Perak. Beliau juga merupakan bekas pensyarah di Universiti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Beliau mempunyai kepakaran dalam Usul Fiqh, Kaedah Fiqhiyyah dan Fiqh Perubatan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah dari Universiti Al-Azhar, Sijil Kemahiran Fatwa Darul Ifta’ Mesir dan Sarjana (MA) Syariah dari Universiti Malaya (UM). 

Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil
Konsultan Syariah Telaga Biru

bottom of page